Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | ‘Shoe box gift’ (2)

Hari kesepuluh misi Kemanusiaan Syria Care diteruskan dengan membuat agihan ‘shoe box gift’ di Madrasah Ruwat As-Shamilah iaitu sekolah yang menempatkan anak-anak yatim perempuan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ‘shoe box gift’ merupakan satu projek yang mengumpulkan hadiah-hadiah daripada anak-anak di Malaysia untuk diberikan kepada anak-anak di Syria. Untuk agihan kali ini, terdapat sedikit kesulitan dimana kotak-kotak hadiah tidak mencukupi. Sebagai alternatif lain, para petugas misi telah membuka kotak-kotak hadiah tersebut dan membungkus semula hadiah-hadiah mengikut bilangan pelajar di sekolah itu.

Walaupun terdapat sedikit kerumitan pada mulanya, tetapi Alhamdulillah kita dapat memberi setiap orang pelajar bungkusan hadiah yang diterbangkan dari jauh buat mereka. Perasaan mereka amat teruja apabila menerima dan membuka bungkusan masing-masing. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati usaha ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *