Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Ra’

Hari terakhir misi diteruskan dengan pengagihan di Kem Ra’ yang terletak di Ibbin Sam’an, Idlib. Kem ini terletak di atas bukit yang jauh dari penempatan lain. Dengan keadaan kem yang sangat-sangat uzur, penduduk di sini tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak lain.

Para petugas misi telah membuat agihan kepada kesemua 160 buah keluarga yang tinggal di sini. Sebanyak 320 helai selimut telah diagihkan dimana setiap keluarga mendapat dua helai selimut. Di samping itu, sebanyak 172,500 tan birin juga telah diagihkan untuk pelarian-pelarian ini menghangatkan tubuh badan mereka dan keluarga.

Melihatkan kedhaifan kem ini, para petugas telah melakukan lawatan susulan dan telah mengagihkan sebanyak 345 jaket untuk kanak-kanak di situ. Selain itu, pihak Syria Care juga menaja 5 orang anak yatim di kem ini dan dua daripada mereka adalah pasangan kembar.

Alhamdulillah, proses pengagihan dapat dijalankan dengan lancar. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat menghangatkan musim sejuk keluarga-keluarga pelarian ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *