Pekawanis sumbang RM167,150.00 kepada Syria Care

SHAH ALAM- Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyampaikan sumbangan berjumlah RM167,150.00 kepada Syria Care yang berjaya dikumpul pada Majlis Amal Minum Petang Ikhlas dari Hati.

Penyerahannya disempurna Yang Dipertua Pekawanis, Yang Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, di pejabat Syria Care di Shah Alam.

Wang berkenaan adalah hasil kutipan yang diperolehi melalui hasil jualan meja yang diadakan pada 7 Disember 2019 bagi mengumpul dana Bantuan Musim Sejuk 7.0 (BMS7.0).

Ia program julung-julung kali diadakan membabitkan Pekawanis dan Syria Care.

“Apapun Pekawanis akan sentiasa menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang dilakukan oleh Syria Care.

Akan ada projek berterusan antara Pekawanis dan Syria Care pada bulan Ramadan,” katanya selepas selesai menyerahkan cek sumbangan.

Sementara bagi Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki amat berbesar hati dengan keprihatinan Pekawanis bagi membantu pelarian Syria dan berharap lebih banyak tampil membantu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *