Majlis Menandatangani MOU bersama Azam Pandan Catering

Jumaat – 14 Februari 2020


Telah berlangsung Majlis Menandatangani MOU antara Syria Care bersama Azam Pandan Catering yang bertempat di SC Shoppe.


Alhamdulillah.. Tuan Haji Mazmadi Mohamad selaku Ketua Pegawai Eksklusif Azam Pandan Sdn Bhd bersetuju untuk bekerjasama dengan Syria Care pada Bufet Ramadan dan projek kemanusiaan yang akan datang sepanjang 2020.


Sebagai permulaan, RM3 daripada Pakej Bufet Ramadan di Dewan Tengku Zahra, Bangi akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Syria Care.


Antara wakil Azam Pandan Sdn Bhd. yang turut hadir pada majlis hari ini adalah Puan Khairunnisak Ismail, Pengurus, Puan Norazlin Mohd Noor dan Cik Jamilah Osman, Penyelaras Program serta barisan staf Syria Care yang diwakili oleh Ustaz Rizal bin Ali selaku Ketua Eksekutif Informasi.


Untuk pembelian pakej dan menyokong usaha murni ini, boleh terus berhubung melalui Facebook dan Instagram Azam Pandan Sdn Bhd.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *