Misi Khas di Bumi Sham : Pembinaan Sekolah Perempuan Ulfah

Konsultan Media Syria Care, Saudara Razali Awang yang kini berada di Atma, Syria berkesempatan melawat dan melihat sendiri proses pembinaan Sekolah Perempuan Ulfah hasil tajaan rakyat Malaysia.

Alhamdulillah.. Kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Apabila siap kelak, lebih 120 pelajar Al Ruwa’ as Shamilah yang sekarang ini menumpang dalam kontena di Atma akan dipindahkan ke sini Sekolah Ulfah (Perempuan) ini.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk projek ini sekaligus membela kanak-kanak Syria yang tercicir pendidikannya.

#syriacare
#syriacaremedia #syriacareforhumanity
#misikhaskebumisham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *