Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan Baginda berdua telah menjalani saringan kesihatan serta pengesanan COVID-19 dan hasilnya disahkan negatif.
Kepada rakyat Malaysia semua, bersama kita berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Mulia Yang DiPertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong, dijauhi dari wabak Covid-19 dan segala bahaya.
#syriacare #syriacareforhumanity #stayathome #staysafe #stayathomeanddonate