Covid-19 dikesan di utara Syria

Covid-19 dikesan di utara Syria

Kes pertama jangkitan Covid-19 dilaporkan telah dikesan di Bab al Hawa, Idlib pada Khamis (9 Julai).

Menurut Ketua Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gazientep Turki, Mamoud Daher, suspek adalah doktor lelaki warga Syria, berusia 30 an dan bertugas di salah sebuah hospital di Bab al Hawa.

“Dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif “

Perkembangan itu membimbangkan kerana keadaan persekitaran yang padat dengan pelarian selain kekurangan kemudahan kesihatan.

“Kami perlu pertingkatkan usaha dengan semua pihak di lapangan untuk memastikan tiada jangkitan Covid-19, jika tidak ia menjadi masalah besar” katanya seperti yang dilapor France 24.

“Kami dengan sedih mengumumkan hari ini kes pertama coronavirus membabitkan pekerja kesihatan di salah sebuah hospital di barat laut Idlib” kata jurucakap kesihatan Maram al Shaikh yang dipetik Reuters.

Susulan perkembangan yang berlaku, hospital berkenaan telah ditutup dan kesemua yang berada di situ telah dikuarantin.

Sebelum ini, kes Covid-19 hanya disahkan berlaku di kawasan yang dikuasai rejim Bashar al Assad.

Damsyik mengesahkan 372 kes jangkitan dengan jumlah kematian 14 nyawa. Foto Syria Care

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *