PEKAWANIS serah RM1,500 kepada Syria Care

Sebanyak RM1,500 hasil kutipan kelas tadabbur Al Quran yang diadakan secara mingguan di kediaman Menteri Besar Selangor telah disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Syria Care.

Penyerahannya telah dibuat pada Rabu (5 Ogos 2020) oleh Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhammad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Menurutnya, wang berkenaan adalah hasil kutipan sepanjang kelas tadabbur diadakan pada Januari dan Februari lalu.

Dalam majlis yang sama, pihak Syria Care turut memaklumkan perkembangan semasa membabitkan projek yang dijalankan seperti Sekolah Ulfah Perempuan dan situasi terkini Covid-19 di sana.

#syriacareforhumanity#syriacareprojects#SyriaCareXPekawanis#kampungmalaysia#wakafperumahanpelariansyria#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *