Perkembangan pembinaan Pusat Perubatan Aafiyah KMSC

Pembinaan tingkat pertama bagi Pusat Perubatan Aafiyah di Kampung Malaysia Syria Care (KMSC), Projek Perumahan Pelarian Syria, Al Bardaqli telah bermula.

Bangunan dua tingkat ini bakal dilengkapi dengan pusat fisioterapi dan kemudahan asas lain yang memberi rawatan kesihatan secara percuma kepada pelarian Syria.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para pewakaf yang telah menyumbang bagi projek ini.

Namun, dana wakaf bagi melengkapkan prasarana lain seperti penambahan bangunan sekolah, pembinaan pagar, penurapan jalan dan sistem kumbahan masih banyak lagi diperlukan.

Bagi maklumat lanjut mengenainya, sila tekan pautan https://www.syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/.

#kampungmalaysiasyriacare#wakafperumahanpelariansyria#darikhemahkerumah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *