indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Misi 12.0 | Ziarah Sheikh Ali al Soubuni

Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 dimulakan dengan melawat Sheikh Ali al Soubuni di kediamannya di Yalova. Lawatan yang tidak dirancang telah menjadi satu pertemuan yang sangat indah.

Tim disambut dengan sangat baik oleh anak-anak Sheikh dan juga menantunya.

Mereka sangat mengagumi usaha-usaha yang dilakukan oleh Syria Care selama ini membantu rakyat Syria khususnya.

Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0, Siti Sakinah Meor Omar Baki sempat ditanya oleh anak sulung Sheikh Ali tentang mengapa ingin membantu rakyat Syria, beliau hanya menjawab
“Kerana cinta ini sesuatu yang pelik. Dan Allah meletakkannya pada hati sesiapa yang Dia mahukan”

Tim seterusnya dibawa berjumpa Sheikh di ruang rehat dan beliau menyambut para petugas dengan tangisan kegembiraan. Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Sheikh sentiasa tersenyum. Wajahnya yang sentiasa bercahaya menenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Semoga Allah redha keatas kamu”

Doa penuh makna yang diungkapkan oleh ulama yang masyhur dengan ilmu tafsir ini sangat memberi kesan kepada semua anggota misi.

Menurut anak beliau, doa seperti ini adalah untuk orang yang beliau sayangi.

Semoga Sheikh Ali al Soubuni diberikan kesihatan yang baik dan Allah memberkati hidupnya yang sentiasa mendampingi Al quran.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *