indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Misi 12.0 | Lawatan ke Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda

Para petugas Misi Kemanusiaan Syra Care 12.0 tiba di bandar Gaziantep. Turki pada pagi Isnin (1 Mac 2021) .

Bandar yang jaraknya hanya lebih kurang 70 kilometer dari sempadan Syria ini mempunyai penduduk seramai dua juta orang dan majoritinya ialah pelarian Syria.

Seusai tiba, tim misi memulakan lawatan pertama di salah sebuah sekolah tajaan Syria Care, Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda.

Walaupun kawasannya boleh dikatakan agak kecil, para petugas misi berasa amat kagum kerana ia mampu menyediakan pendidikan kepada 90 orang pelajar sejak Februari 2020.

Pengetua Darul Huda, Dr. Abdullah berkata, penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada golongan miskin di mana terdapat banyak masalah sosial berlaku dalam kalangan mereka. Atas faktor itu, beliau terpanggil untuk menubuhkan sekolah tersebut dan memberikan pendidikan kepada anak-anak pelarian Syria yang melarikan diri dan keciciran pelajaran.

Ketika lawatan, para pelajar mempersembahkan bacaan Al Quran dan hadis kepada para petugas. Pada usia yang masih kecil, mereka sudah mampu membaca dengan sangat lancar.

Selepas sesi beramah mesra, tim misi meninggalkan pusat ilmu tersebut dengan seribu satu perasaan. Terharu dan kagum dengan semangat anak-anak pelarian ini menuntut ilmu. Dalam keadaan negara mereka yang bergolak, pendidikan adalah perkara terpenting yang perlu mereka dahulukan.

Semoga mereka membesar menjadi insan yang berguna buat agama dan negara.

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *