indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Bermusafir di musim Covid-19

Mulanya harapan tersangat tipis untuk keluar melaksana kerja-kerja kemanusiaan di Syria ekoran penularan wabak Covid-19. Namun dengan kerjasama dan sokongan semua pihak, apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Sebaik permohonan untuk keluar negara mendapat kelulusan pihak berkuasa, banyak perkara yang perlu diuruskan dan dalam tempoh 48 jam, semua urusan sama ada dalam dan luar negara perlu disiapkan.

Tepat jam 11.45 malam dengan menaiki penerbangan Turkish Airlines, TK0061, bermulalah perjalanan ke Istanbul dan kemudian ke kawasan sempadan sebelum memasuki Syria bagi melakukan kerja dan tugasan untuk membantu berjuta-juta mangsa konflik di Syria.

Bermusafir dengan norma baru dengan peraturan yang begitu ketat bagi menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kini meragut lebih 2.5 juta nyawa umat manusia.

Sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya menaiki Grab dari rumah.

Tidak seperti sebelum ini, ia perlu diawalkan bagi mengelak sebarang kekalutan meskipun telah sedia maklum keadaan di lapangan lenggang.

Menggunakan perkhidmatan Grab, perjalanan ke lokasi dari Damansara Damai akan memakan masa hampir satu jam.

Tidak sampai 5 minit tempahan dibuat, ia datang dan dipertemukan dengan insan yang hebat yang kaya dengan budi bahasa, Fadli yang tinggal di Cheras datang mencari rezeki halal untuk menampung keluarga.

“Abang, saya anggap trip ini pelik tetapi suka sangat sebab dapat pergi ke airport.

“Sebelum Covid-19, saya ada empat lima kali trip ke KLIA sehari, sekarang memang payah. Tu saya anggap trip ini pelik.

“Dua tiga hari lepas saya ada hantar orang dan saya masuk ke dalam airport. Lenggang, yang ada ramai Bangla”, dia yang ramah bersembang.

Sebelum tiba di KLIA, dia memasuki kawasan RnR Dengkil dan berhenti Petron, ingatkan untuk berhenti minyak, tetapi tidak.

Fadli memberhentikan keretanya di sebelah pam minyak dan bergerak pantas ke kaunter dan kemudian kembali di tangannnya ada bunjut plastik.

“Saya belikan untuk abang, sebab semua kat airport tutup pukul 8.

“Abang hendak pergi jauh, buat kerja-kerja amal, bawa nama Malaysia. Saya nak tumpang pahala sekali, ini saja yang mampu sumbang”, katanya sambil memandu semula.

Sepanjang tempoh dari Dengkil ke KLIA, dua kali anak kecilnya membuat panggilan.

Lalu dia bercerita, anaknya mengajak keluar, ingin mencari barang dapur dan makan di luar tetapi tambah Fadli lagi, sekarang memang payah kerana kebanyakannya tutup jam 10 malam kerana PKP.

Siang hari pula, dia langsung tidak berkesempatan kerana sibuk mencari rezeki.

“Saya suruh isteri bawa anak keluar bang. Saya tidak sempat” katanya.

Saya faham, terdapat perasaan yang membuku di hatinya. Namun keutamaan mencari rezeki perlu diberi keutamaan.

Sampai di depan Pintu Lima, belumpun sempat saya keluar, dia telah lebih dahulu berada di luar kereta dan membuka but.

“Saya minta maaf sebab tadi, saya tidak sempat masukkan beg abang, tadi payah nak parking sebab ada masalah hand brake”, beritahunya dengan penuh ikhlas.

Ketika itu, saya amat tersentuh dengan kejujuran.

Meskipun nampak “ganas” dengan imej rambut panjang dan ala-ala bintang rock, hatinya amat ikhlas.

Saya keluarkan duit dan kemudian menghulurkan kepadanya untuk membayar.

“Ini niat abang, ambil duit ini dan balik sekarang dan belanja duit lebih untuk bawa anak dan isteri pergi makan.

“Mereka sedang tunggu” kata saya.

Ketika itu Fadli tunduk….

Apa yang saya tulis ini bukan untuk ujub atau bangga diri, cuma untuk berkongsi pengalaman berjumpa insan yang berhati mulia.

Dalam poketnya mungkin ada duit cukup-cukup sahaja.

Tetapi apabila mendapat tahu saya melakukan kerja-kerja untuk membantu mangsa konflik di Syria, dia ingin turut menyumbang dan Fadli telah melakukannya dengan cara tersendiri.

Semoga hari-hari yang dilaluinya berada dalam lindungan dan keberkatan Allah…

Di mana-mana wabak Covid-19 memberi kesan. Namun syukurlah walau macam-macam masalah, negara kita masih aman. Masih bebas mencari makan, ada tempat selamat untuk berlindung, masih mendapat rawatan ketika sakit dan macam-macam nikmat lagi.

Sedangkan di kawasan konflik seperti Syria, keadaan di sebaliknya.

Atas keperluan yang begitu mendesak, saya dan rakan-rakan kembali semula untuk meneruskan kerja-kerja di sana.

Razali Awang

#travelogmisi12
#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *