indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

“Eh tak perlu duduk di situ! Duduk di kerusi sebelah Sheikh”

“Eh tak perlu duduk di situ! Duduk di kerusi sebelah Sheikh”

Mata Omma terbungkam terkejut. Omma berfikir takkan lah Omma hendak duduk di kerusi itu. Segan lah. Tetapi Omma tidak boleh menolak apa yang diminta anak Sheikh. Tersipu-sipu Omma dibuatnya.
_______________

Lebih setahun yang lepas, Omma pernah berbual dengan anak perempuan Sheikh Ali As Sobouni melalui aplikasi Whatsapp. Kami biasa bertanya khabar di antara satu sama lain dari masa ke semasa. Ketika itu Omma dan beberapa petugas lain bakal ke Turki untuk melaksanakan program Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 3.0.

Ukht Maimunah ingin memesan ‘supplement’ seperti yang pernah kami bawa kepada Sheikh sebelum ini. Namun perjalanan kami tidak kesampaian selepas Covid-19 mula muncul di muka bumi. Maka sebaik sahaja menerima kebenaran untuk keluar negara, Omma memesan anak buah di pejabat untuk membelinya sebagai hadiah.

Pada waktu itu Omma tidak terfikir dapat menyerahkannya sendiri dan berfikiran akan menitipkannya kepada wakil kami di Istanbul untuk menghantarnya ke rumah Sheikh di bahagian Asia Istanbul.

Walaubagaimanapun, Omma tetap maklumkan kepada Sheikh Samir Sakka tentang apa yang kami bawa dan sekadar bertanya samada kami berpeluang menziarahi Sheikh As Sobouni dan menghantarnya sendiri. Tanpa Omma duga, tidak lama selepas itu Sheikh Samir memaklumkan keluarga Sheikh bersetuju menerima kedatangan kami.

Omma terasa tersangat gembira. Macam tidak percaya. Baru sahaja mengusulkan pandangan terus mendapat kebenaran.Terasa segala penat-lelah yang dilalui sepanjang beberapa minggu ini terangkat. Syukur kehadhrat Allah.

Kami dibawa ke Yalava menaiki feri. Sempat memberi makan kepada burung-burung camar yang menangkap cebisan roti sebelum ianya sempat jatuh ke laut. Hati terasa terhibur dengan pengalaman baru ini dan lapang dada melihat ciptaan Allah yang sangat indah ini.

Sebaik tiba di rumah Sheikh anaknya Dr. Anas menyambut kami dengan begitu ramah sekali. Ini kali ketiga Omma bertemu dengannya. Malah Omma sudah bertemu dengan Sheikh sebanyak 5 kali sebelum ini di rumahnya di Mekah dan di sini.

Di samping Dr. Anas, dua orang adik-beradik perempuannya juga keluar berbual dengan kami. Sebelum pergi, Omma terasa cuak apa yang bakal Omma bualkan dengan mereka. Tetapi setelah bertemu mereka, rancak pula perbualan kami. Seperti biasa Omma kongsikan berkenaan program-program yang kami laksanakan dan Omma sungguh terharu mereka begitu teruja mendengar apa yang kami lakukan.

“Boleh saya tahu mengapa awak yang tinggal begitu jauh melakukan kerja-kerja membantu rakyat Syria?” anak sulung Sheikh As Sobouni bertanya. Omma tersenyum. Ini bukan kali pertama kami diajukan soalan ‘cepu emas’ ini.

“Saya fikir kerana cinta dan cinta kadangkala sukar untuk kita fahami.” Omma memberi jawapan yang sudah berkali-kali Omma lontarkan bila ditanya soalan ini.

Pada pandangan mereka apa yang Omma dan sahabat-sahabat di Syria Care lakukan ini kelihatan pelik kerana jarak lokasi dan berbeza bangsa. Namun mereka sangat gembira dengan segala usaha yang dicurahkan.

Setelah lebih 40 minit berbual pelbagai topik, Omma dan team dibawa ke tingkat bawah di mana Sheikh As Sobouni berehat. “Nanti jangan terlalu hampir ya?”anaknya berpesan. Kami mengangguk faham.

Untuk diterima sebagai tetamu di rumah Sheikh pun sudah di luar jangkaan Omma. Kini Omma bakal bertemu sekali lagi dengan Sheikh. Berdiri jauh pun takpe pada Omma.

Sampai di bawah Omma nampak sosok tubuh Sheikh. Omma berdiri di bucu pintu melihat Sheikh yang berpakaian kemas dan berserban sedang duduk di kerusinya.

Baru sahaja beberapa saat berdiri di situ, Omma dan team dijemput untuk duduk. Omma memilih duduk di sofa yang sedikit jauh dari Sheikh namun baru sahaja mahu melabuhkan punggung anaknya berkata“Eh tak perlu duduk di situ! Duduk di kerusi sebelah Sheikh”.

Mata Omma terbungkam terkejut. Takkan lah Omma hendak duduk di kerusi itu. Segan lah. Tetapi Omma tidak dapat menolak.

Seperti tidak percaya Omma dapat menatap wajah suci bersih Sheikh secara dekat. Ulamak besar tafsir ini begitu besar jasanya kepada ummah. Oleh kerana penyakit tua, bicara Sheikh kada kalanya kurang dapat difahami, jadi anaknya akan menjelaskan.

Namun apabila Sheikh membaca ayat-ayat al Quran bacannya dapat dibaca dengan begitu jelas. Subhanallah.

Berbagai kisah peribadi Sheikh dikongsi anak-anaknya kepada kami. Dan wajah Sheikh begitu ceria dan bersinar. Sheikh tersenyum dan ketawa.

Selama ini Omma tidak pernah berpeluang melihatnya begitu. Senyuman terukir manis di bibirnya.Ya Allah comelnya…Omma terdetik di dalam hati. Andai Omma lelaki, sudah pasti Omma akan mengucup tangan dan dahinya.

Sudahlah kami diterima menjadi tetamu Sheikh dan anak-anaknya, kami dapat pula berjumpanya secara dekat tanpa ada orang lain di situ. Omma pula disuruh duduk sebelah kerusi Sheikh. Omma seperti tidak percaya. Omma merenung wajah mulus Sheikh. Seperti tidak puas menatapnya.

Sheikh berkata “Semoga Allah redho atas kamu semua”. Anaknya menceritakan Sheikh akan mendoakan begitu kepada orang-orang yang disukainya. Sukar untuk Omma ungkapkan perasaan Omma Ketika mendengar itu. Tak henti-henti air mata Omma mengalir.

Anak perempuan Sheikh meminta abang iparnya yang juga seorang ulamak untuk membacakan doa kepada kami dan Sheikh mengaminkan dan selepas itu membacakan doa juga.

Lama juga kami berada bersama Sheikh sehinggakan Omma pula khuatir kehadhiran kami memenatkan Sheikh namun semua begitu ramah melayani kami.

Sebelum keluar Omma menyebut kepada Dr. Anas “Dua hari ini saya asyik menangis. Semalam menangis sedih kerana berpisah dengan ahli keluarga saya. Namun hari ini saya menangis kerana terharu dan gembira kerana dapat bertemu kalian dan Sheikh”.

Omma rakamkan pengalaman ini buat tatapan anda kerana kalian semua merupakan sebahagian dari perjalanan Omma melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan ini.

Tanpa sokongan kalian, Omma tidak mungkin berada di sini.

Terima kasih.

Siti Sakinah Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah,
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0,
Yalava Istanbul Turki,
27 Februari 2021

#misikemanusiaansyriacare12#ommawrites#travelogomma#ommatravels#iamahumanitarianworker

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *