indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Misi 12.0 | Ziarah Walid Yasin,pelarian Syria di Gazientap, Turki

Umur tidak menjadi penghalang bagi lelaki berusia 40 tahun ini untuk menuntut ilmu.

Beliau ialah Walid Yasin, salah seorang pelajar di Pusat Pendidikan Tarbiah Darul Huda tajaan Syria Care di Gazientap, Turki.

Para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0 ketika membuat lawatan ke rumahnya dimaklumkan bahawa beliau asalnya seorang buta huruf.

Namun tidak lagi selepas beliau mengikuti pembelajaran di Darul Huda sewaktu umur 38 tahun. Beliau mengetepikan segala perasaan malu untuk belajar walaupun sudah agak berusia.

Lelaki yang berasal dari Aleppo, Syria ini juga berkongsi bersama tim misi antara faktor beliau tidak dapat ke sekolah adalah kerana beliau berasal daripada keluarga susah. Kehilangan ayah pada usia yang kecil membuatkan kehidupan beliau dan keluarga bertambah sukar.

Tahun ini adalah tahun ketujuh beliau dan keluarga menetap di Gazientap. Bekerja sebagai tukang jahit, beliau kini sedang membesarkan lima orang anak.

Sebelum pulang, tim misi menyerahkan sumbangan sebagai tanda sokongan atas usaha beliau untuk terus mempelajari Al Quran.

Syria Care berharap agar lebih ramai pelarian yang senasib dengan Walid Yasin diberi peluang untuk mendapat pendidikan tanpa mengira usia.

Bersama Syria Care, kita bantu.

https://www.syriacare.org.my/edu4syria/

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *