indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Sebaik melangkah masuk mata Omma terus terpandang seorang kanak-kanak yang diikat tangannya..

Van yang membawa Omma dan tim berhenti di hadapan sebuah rumah di Al Bab, tengahari itu.Melangkah masuk ruang kelam dengan lampu yang tidak dinyalakan,Omma dan tim dibawa masuk ke sebuah bilik. Kebanyakan dari pelarian akan cuba jimat penggunaan eletrik sebaik mungkin untuk kurangkan kos perbelanjaan yang sememangnya di luar kemampuan mereka.

Sebaik melangkah masuk mata Omma terus terpandang seorang kanak-kanak yang diikat tangannya. Tidak mahu menghukum apa-apa sebelum mengetahui cerita sebenar, Omma memberi salam kepada ayahnya dan mengambil tempat duduk berhampiran dengannya.

Omma cuba menghampiri kanak-kanak tersebut sambil mengusap tangannya.
Walaupun tidak dinafikan kadang Omma risau juga kerana mengadakan kontek rapat dengan orang, namun Omma tidak mampu bersifat dingin dan menjauhkan diri. Jauh Omma datang untuk bertemu dengan mereka. Cabarannya berbagai untuk sampai ke sini. Tidak mengapalah sebentar lagi Omma akan mencuci tangan dengan sanitizer, Omma berkata dalam hati.

Mendengar kisah duka Saudara Muhammad Abdul Karim Ismail atau dikenali sebagai Abu Karmu hati Omma menjadi sangat tersentuh. 3 dari 6 orang anaknya mempunyai kelainan upaya.

Fida’ anaknya yang ketiga mengalami autism dan terpaksa diikat kerana boleh bertindak agresif secara tiba-tiba serta mencederakan dirinya dan sesiapa sahaja yang berhampiran dengannya. Dia tidak mampu bercakap malah tidak mengenali ibubapanya sendiri.

Masalah kecacatan otak turut dialami oleh 2 orang lagi anaknya. Salah seorang darinya mempunyai nama yang serupa dengan anak Omma, Syaima’. Mereka semua bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupan walaupun kesannya tidak begitu memberangsangkan.

Abu Karmu dan keluarganya merupakan antara pelarian dari Maarat Nouman yang cuba mencari perlindungan di kawasan Al Bab sejak setahun yang lalu. Dengan kepadatan kawasan yang semakin meningkat dan cabaran untuk mencari pekerjaan semakin tinggi keadaan menjadi bertambah sukar baginya.

Bagi pihak semua penyumbang, Omma dan tim menghulurkan bantuan bagi pembelian ubat-ubatan anak-anaknya untuk tempoh 6 bulan dan wang belanja dapur untuk meringankan bebanannya.

Ketulusan serta keikhlasan wajah Abu Karmu dan isteri menjaga anak-anak Syurga mereka terus melekat di hati Omma. Tidak dapat bayang bagaimana mereka melarikan diri dulu di bawah bedilan dan hujan peluru.

Omma melangkah keluar dari rumah mereka menuju kes berikutnya dengan hati yang berat.
Bilakah penderitaan mereka akan berakhir…?

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah
Ketua Misi kemanusiaan Syria Care 12.0
Mac 2021

#travelogomma#ommashares#misikemanusiaansyriacare12

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *