ARAH TENTERA RUSIA KELUAR DARI SYRIA

RUSSIA-POLITICS-PUTIN-HISTORY
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya di Syria dikeluarkan secara beransur-ansur dari negara berkenaan.
 
Keputusan mengejut itu dibuatnya ketika lawatan singkat ke negara sekutunya di Timur Tengah pada Isnin.
 
“Saya mengarahkan menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera untuk memulakan pengunduran askar Rusia ke pengkalan asal”, katanya yang dipetik dari agensi berita RIA Novosti.
 
Kenyataan berkenaan dibuatnya ketika beliau melawat Pengkalan Tentera Udara Khmeimim, di Latakia.
 
Sementara itu, mengulas isu berkenaan, Yuri Ushakov, yang juga pembantu Putin memaklumkan keputusan yang dibuat Moscow itu tidak dipersetujui sekutunya, iaitu Iran dan Syria.
 
“Presiden Putin mengeluarkan arahan ini atas kedudukannya sebafai Ketua Komander Tertinggi Tentera Rusia. Beliau tidak memerlukan pandangan orang lain,” katanya yang dipetik dari agensi berita rasmi Rusia, Tass.
 
Reaksi itu diberikan ketika ditanya sama ada keputusan yang diambil Putin dibuat selepas Kremlin mengadakan perbincangan dengan sekutunya, Iran.
 
#SCNews

Kongsi Artikel Ini