Musim sejuk meningkatkan cabaran hidup para pelarian.

Kekurangan persediaan, salji dan suhu sejuk melampau menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan.

Sebahagian besar pelarian pula hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.

Bagi membantu mereka menghadapi kesukaran ini, Syria Care menggerakkan Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS 10.0).

Bantuan yang akan diagihkan terdiri daripada bahan bakar seperti kayu api, briket zaitun dan diesel, makanan dan set pakaian kanak-kanak yang ditempah khas.

Sumbangan dibuka sehingga 31 Disember 2022.

Bersama Syria Care, kita bantu.

Untuk maklumat lanjut hubungi +6011 3703 0900 atau emailkan ke [email protected]