MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE

“Saya rindu awak”

Omma dan tim meneruskan agihan buat hari kedua di Arsal, Lubnan. Kali ini di Kem Talal Haidar. Selepas menguruskan agihan kepada 93 keluarga di situ dan sementara menunggu van kami sampai, Omma dan beberapa ahli tim duduk bersembang dengan anak-anak di situ. Mereka begitu gembira berbual mesra dengan Omma. Alhamdulillah Omma dapat memahami dialek mereka. …

“Saya rindu awak” Read More »

Anak-anak Kem Ra’su Sin yang istimewa

Ada yang berlari ke arah Omma bila tim kami sampai dan memeluk erat beberapa ketika. Yang berkepit dan tidak melepaskan tangan Omma. Yang berjalan sama setiap langkah dengan Omma. Yang melaung “Ummu Muaz, Ummu Muaz” beramai-ramai dalam keadaan gembira.Omma cuba santuni setiap seorang mereka selagi mampu. Menyampaikan kehangatan kasih-sayang rakyat Malaysia yang perihatin kepada mereka.Mereka …

Anak-anak Kem Ra’su Sin yang istimewa Read More »

Omma dan Saadah

Sebaik kami tiba untuk agihan di kem Masakin Qalamun, susuk tubuh kecil ini menarik perhatian Omma dan tim. Dia berjalan seorang diri ke arah kami dengan berani dan apabila dipanggil, dia terus mampir tanpa teragak-agak. Melihatkan kepada umurnya, Saadiah jelas dilahirkan jauh dari tanahairnya Syria. Nasib yang dialami oleh ribuan kanak-kanak pelarian lain di sini. …

Omma dan Saadah Read More »

Ghiyas Al Yatim guru Geografi yang kudung akibat peperangan

Pada 4 April 2022, para petugas misi telah menziarahi Ghiyas Al Yatim di Reyhanli, Turki yang merupakan bekas seorang guru Geografi yang komited suatu masa dahulu. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak, salah seorang dari mereka telah berkahwin manakala lima lagi tinggal dengannya. Ghiyas kini kudung kedua belah tangannya akibat serangan yang berlaku …

Ghiyas Al Yatim guru Geografi yang kudung akibat peperangan Read More »

Sebaik tiba di Arsal, sahabat kami Abu Ibrahim memaklumkan kami akan tinggal di sebuah rumah di atas bukit berhampiran kem yang pernah kami ziarah tiga tahun lalu

Saya berasa sangat teruja menunggu masa kami ke sana. Melangkah masuk ke kawasan kem Ra’sus Sin hari ini, Omma disambut begitu mesra oleh kanak-kanak yang menghuninya. Omma tidak dapat menahan air mata berjumpa anak-anak yang pernah kami santuni. Apatah lagi ketika bertemu Hussein, anak yang Omma jumpa tidak memakai stokin dan kasut walaupun salji tebal …

Sebaik tiba di Arsal, sahabat kami Abu Ibrahim memaklumkan kami akan tinggal di sebuah rumah di atas bukit berhampiran kem yang pernah kami ziarah tiga tahun lalu Read More »

Tahun ini merupakan tahun ketiga saya bertugas di Syria Care dan kali pertama dipilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Turki, Syria dan Lubnan

Sebenarnya nama saya telah dipilih dua kali sebelum ini namun misi-misi tersebut terpaksa ditunda atas banyak faktor. Perasaan saya bercampur baur bila dimaklumkan nama saya ‘naik’ sekali lagi. Teruja, gementar, gembira, takut, tak percaya semua ada.Masakan tidak, selama tempoh menjadi seorang petugas sepenuh masa di sini saban hari saya melihat gambar dan video segala keperitan …

Tahun ini merupakan tahun ketiga saya bertugas di Syria Care dan kali pertama dipilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Turki, Syria dan Lubnan Read More »

Merenung ke arah tembok sempadan di antara Turki dan Syria

Bahagian atas bukit itu Syria. Yang bawah Turki. Di awal konflik berlaku, urusan keluar masuk ke Turki tidaklah terlalu rumit. Namun sekarang tidak lagi.Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sesiapa sahaja yang cuba untuk memasuki Turki melalui cara haram dengan menyeberangi tembok ini, akan ditembak dengan peluru hidup. Teringat suara tembakan yang Omma dan tim …

Merenung ke arah tembok sempadan di antara Turki dan Syria Read More »

Cabaran untuk menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 bermula dari Malaysia lagi

Hampir setiap hari selama seminggu perkataan yang saya sering ulang kepada anak sulung saya Raid Iffat 3 tahun adalah “Babah kerja jauh, balik lambat, Raid tidur dengan ibu”.Kali terakhir saya menyertai misi, saya masih bujang. Jadi kali ini cabaran emosinya lebih.Ini adalah kali pertama saya tinggalkan si kecil ini dan ibunya lebih dari 3 hari …

Cabaran untuk menyertai Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 bermula dari Malaysia lagi Read More »