Travelog Misi 10.0

Atma dan Aku (Bahagian 5)

Bangga dan teruja melihat tulisan di papan tanda dalam Bahasa Melayu di bumi Syam. Di penghujung kirinya, diletakkan bendera Jalur Gemilang dan di sebelah kanan, terpampang logo Syria Care manakala di bawahnya tertera, Sekolah Ulfah, Peringkat Rendah, Atma, Syria. Aku terus mendongak macam kena pukau sehingga ditegur supaya segera memasuki bangunan kerana cuaca begitu panas untuk …

Atma dan Aku (Bahagian 5) Read More »

Atma dan Aku (Bahagian 3)

Panasnya mencecah 40 selsius, ditambah pula dengan keadaan yang kering serta berhabuk, ia benar-benar menguji kami. Untungnya di Syria ini kelembapannya rendah, kalau tidak pasti badan melekit-lekit. Begitupun ada kalanya, hidung ini terbersin juga dengan “bau-bauan di sekeliling. Bak kata aku kepada wartawan Utusan Malaysia, Aznan Bakar di hari keempat ketika kami di sana. “Nan …

Atma dan Aku (Bahagian 3) Read More »

Atma dan Aku (Bahagian 4)

Bercerita mengenai sambal ikan bilis ini ada kisahnya. Pada misi kali ini, Ustazah Siti Sakinah ada mengirim sekotak bekalan makanan kering sebagai buah tangan kepada Kak Ameenah. Segalanya berjalan lancar. Ketika di Istanbul, kastam tidak kisah. Begitu juga sewaktu sampai di Lapangan Terbang Hatay. Keadaan sebaliknya berlaku ketika melepasi pusat pemeriksaan Turki di pintu keluar …

Atma dan Aku (Bahagian 4) Read More »

Aku dan Atma ( Bahagian 2)

Emosi benar benar teruji apabila kami tiba di Sekolah Anak Yatim Karamah. Dalam bicara lembutnya, Abu Syaaban menitiskan air mata merayu di depan kami, menceritakan nasib sembilan guru wanita di Sekolah Anak Yatim Karamah tidak mendapat gaji sejak beberapa bulan lalu. Ditunjukkan kepada anggota misi sebahagian anak-anak yatim yang berada di situ dan membacakan hadis …

Aku dan Atma ( Bahagian 2) Read More »

Atma dan Aku (Bahagian 1)

انا لم أولد في الشام ولكن أريد أن أكون جزء منها Kata-kata ini terpacul di luar pusat pemeriksaan di Bab al Hawa sebelum kami melangkah ke sempadan Turki. Ketika itu aku mendakap Abu Syaaban, lelaki yang sentiasa mengiringi kami, 24 jam, siang dan malam sepanjang berada di Atma, Idlib. Ketika itu air matanya berjurai dengan …

Atma dan Aku (Bahagian 1) Read More »