Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 (2019)

HANYA PADA YANG SATU

HANYA PADA YANG SATU. Perjalanan menuju ke Kem Zamka yang terletak di Al Bab agak mendebarkan kerana terdapat beberapa ‘check-point’ yang perlu dilalui.Walaupun perjalanan kami diiring oleh seorang pegawai tentera tempatan perasaan itu tidak dapat dielakkan.Manakan tidak, pada setiap ‘check-point’ tentera-tentera yang bertugas akan meneliti segala dokumen dan melihat ke dalam van untuk melihat setiap seorang …

HANYA PADA YANG SATU Read More »

(Bahagian 2)

Kami tiba di pusat operasi Ulfah Humanitarian Relief iaitu rakan NGO kerjasama di Al Bab, Syria. Ketika melawat stor yang menempatkan barangan yang bakal diagihkan hasil sumbangan rakyat Malaysia hati ini jadi sedikit sebak.Amanah yang digalas kini akan dilaksanakan sebaik mungkin. Terima kasih rakyat Malaysia atas kepercayaan anda. Kami akan pastikan setiap ringgit yang disumbangkan …

(Bahagian 2) Read More »

(Bahagian 1)

Kami tiba di Reyhanli jam 12 pagi setelah melalui perjalanan panjang lebih 18 jam dari Kuala Lumpur ke Istanbul seterusnya Istanbul ke Hatay. Berehat hanya sekadar untuk meluruskan badan dan terjaga lagi jam 4:30 pagi untuk solat subuh.Pagi itu suhu sekitar 15-17 selsius di Reyhanli, Turki.Sebaik selesai solat subuh kami perlu memlilih pakaian dan ‘pack’ semula …

(Bahagian 1) Read More »

Perlahan-lahan suhu semakin menurun

Perlahan-lahan suhu semakin menurun, cahaya semakin hilang, keletihan semakin jelas terukir di raut wajah para petugas. Misi kali ini kami perlu menempuh perjalanan jauh untuk mencapai daerah-daerah yang tidak tercapai sebelum ini. Keluar pagi pulang malam hampir setiap hari.Jam menunjukkan pukul 5.00 petang, bermakna lagi 30 minit untuk masuk waktu maghrib. Ini adalah kem terakhir …

Perlahan-lahan suhu semakin menurun Read More »

Begitu hebat aturannya

Begitu hebat aturannya. Bayangkan ketika ingin mendaftar masuk untuk meneruskan penerbangan dengan Qatar Airways dari Doha ke Istanbul dan kemudian Hatay, Turki, segalanya telah dipermudahkan Allah.Dalam keadaan bagasi yang bertimbun, saya telah disapa oleh petugasnya yang dikenali Sadaf, yang berasal dari Banglore, India.Menceritakan tujuan kami bermusafir, iaitu nawaitu menyatuni pelarian Syria di dalam Syria dan …

Begitu hebat aturannya Read More »

Hari kedua terakhir di Syria

Hari kedua terakhir di Syria antara yang paling sibuk. Memandangkan banyak tempat yang perlu dilawati, kami tidak mempunyai masa untuk makan. Hanya bawa bekalan untuk dimakan dalam van. Itupun saya tak sempat habiskan. Destinasi terakhir kami adalah sebuah kem di Awal Qah, Kafr Lusin. Di situ kami akan mengagihkan khemah baharu kepada pelarian – pelarian …

Hari kedua terakhir di Syria Read More »

Terpaksa minta makanan akibat kelaparan

“Maaf ukhti, boleh saya dapat bungkusan makanan itu? Saya dari kem sebelah “, kata kanak-kanak yang memperkenal dirinya sebagai Maria dengan perlahan. Sapaannya membuatkan aku terkejut. Aku renung wajahnya yang manis dan tetap manis meskipun terdapat luka di bibirnya. Tergambar Natasha yang aku tinggalkan di Malaysia. Ya, mereka hampir sebaya. Pertanyaannya benar-benar membuatkan diri terbang …

Terpaksa minta makanan akibat kelaparan Read More »

Peluang yang ada di Idlib cuba dimanfaat sebaik mungkin…

Peluang yang ada di Idlib cuba dimanfaat sebaik mungkin untuk menziarahi satu persatu projek yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Ia penting kepada kami untuk membuat penilaian dengan melihat sendiri lokasi, pengurusan dan paling mustahak mengenali para petugas tempatan. Dari Madrasah Abi Hanifah an Nu’man yang terletak di kawasan pergunungan, kami merentasi Khirbat al …

Peluang yang ada di Idlib cuba dimanfaat sebaik mungkin… Read More »