Travelog Misi 11.0

Syria Care Camp

When your organization has a camp named after it even when its already dark and you have to use the light from the van you’re riding, you need to take a photo. الحمدلله الذي به تتم الصالحات Ustazah SakinahAtma, Syria28/11/2019 #travelog#syriacarecamp#misikemanusiaansyriacare11#bantuanmusimsejuk7

Kedinginan pada waktu malam di Syria sekarang sukar untuk mereka lalui…

Kedinginan pada waktu malam di Syria sekarang sukar untuk mereka lalui tanpa persediaan secukupnya. Sekarang pun sudah sejuk apatah lagi apabila suhu bakal menjunam pada hari-hari akan datang. Mereka terpaksa bergantung kepada ranting-ranting pokok zaitun jika tiada diesel, birin atau kayu api. Ketika saya sampai ke kem itu keadaan dah mula gelap. Saya ternampak sekumpulan …

Kedinginan pada waktu malam di Syria sekarang sukar untuk mereka lalui… Read More »

Kami bergambar buat kali terakhir sebelum kami keluar dari Syria

Kami bergambar buat kali terakhir sebelum kami keluar dari Syria buat kali kedua dan terakhir untuk misi kali ini. Kali pertama adalah dari pintu Al-Raie dan kali ini melalui Babul Hawa.Perasaan begitu bercampur baur pada ketika itu. Yang pasti mesti ada rasa gembira kerana bakal berjumpa keluarga. Namun terasa sedih meninggalkan bumi barakah Sham. Sayu …

Kami bergambar buat kali terakhir sebelum kami keluar dari Syria Read More »

Kotak coklat dari Malaysia.

Kotak coklat dari Malaysia. Sewaktu saya dan para petugas misi tiba di Al Bab, utara pinggiran Aleppo Syria, kami terus dibawa ke gudang menyimpan selimut dan pek-pek makanan yang bakal diagihkan. Kemudia kami ke gudang lain yang menempatkan birin iaitu biji zaitun yang telah dikisar. Setelah minyak dikeluarkan hampasnya dikering serta dimampatkan untuk menjadi sejenis …

Kotak coklat dari Malaysia. Read More »

Saya,cucu-cucu serta sampul bermakna.

Saya,cucu-cucu serta sampul bermakna. Dewan yang cantik ini dipenuhi 150 anak-anak yatim yang ditaja rakyat Malaysia melalui The Orphans Project by Syria Care. Mereka diraikan dalam satu majlis dengan wang tajaan dan hadiah. Dan paling istimewa mereka dapat melihat insan-insan di Malaysia yang walaupun tidak dikenali tetapi telah sudi membantu kelangsungan hidup mereka. Wajah-wajah ceria …

Saya,cucu-cucu serta sampul bermakna. Read More »

“Siapa ketua pertubuhan ini?”

“Siapa ketua pertubuhan ini?”“Saya..” saya menjawab pertanyaan insan yang banyak berjasa kepada dakwah Islam di peringkat antarabangsa.“Pekerjaan wanita itu penting kerana ia melengkapkan pekerjaan lelaki…” beliau menyambung. Terkedu saya seketika. Sosok di hadapan saya ini mengiktiraf kerja-kerja yang saya lakukan ini. “Aku doakan taufik dalam kerja-kerja kamu dan kejayaan dalam misi yang dilaksanakan. “Pada diri …

“Siapa ketua pertubuhan ini?” Read More »

“Bolehkah saya peluk awak?”

“Bolehkah saya peluk awak?” kata kata itu terpacul dari seorang pelajar perempuan ketika saya selesai memberi kata-kata semangat di sebuah kelas yang menempatkan sekitar 20 pelajar perempuan berusia antara 16 hingga 17 tahun._____________ Saya dan petugas misi dibawa menziarahi Syiria Comunity School, sebuah sekolah yang menempatkan lebih 1,000 pelajar dari negara itu di tengah Doha, …

“Bolehkah saya peluk awak?” Read More »