MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE

Misi Khas di Bumi Sham

Keadaan di Idlib tidak menampakkan sebarang petanda reda. Hampir sembilan tahun, pelarian Syria telah menempuh pelbagai malapetaka angkara konflik. Tanpa bantuan dari luar, mereka akan mati kelaparan, kesejukan dan beragan. Bagi membantu mendapatkan laporan yang lebih mendalam, Syria Care menghantar perunding medianya Razali Awang turun ke lapangan untuk bersama pelarian Syria. Semoga Allah mempermudah segala …

Misi Khas di Bumi ShamRead More »

Hari kedua terakhir di Syria

Hari kedua terakhir di Syria antara yang paling sibuk. Memandangkan banyak tempat yang perlu dilawati, kami tidak mempunyai masa untuk makan. Hanya bawa bekalan untuk dimakan dalam van. Itupun saya tak sempat habiskan. Destinasi terakhir kami adalah sebuah kem di Awal Qah, Kafr Lusin. Di situ kami akan mengagihkan khemah baharu kepada pelarian – pelarian …

Hari kedua terakhir di SyriaRead More »

Terpaksa minta makanan akibat kelaparan

“Maaf ukhti, boleh saya dapat bungkusan makanan itu? Saya dari kem sebelah “, kata kanak-kanak yang memperkenal dirinya sebagai Maria dengan perlahan. Sapaannya membuatkan aku terkejut. Aku renung wajahnya yang manis dan tetap manis meskipun terdapat luka di bibirnya. Tergambar Natasha yang aku tinggalkan di Malaysia. Ya, mereka hampir sebaya. Pertanyaannya benar-benar membuatkan diri terbang …

Terpaksa minta makanan akibat kelaparanRead More »

Travelog Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0

Peluang yang ada di Idlib cuba dimanfaat sebaik mungkin untuk menziarahi satu persatu projek yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Ia penting kepada kami untuk membuat penilaian dengan melihat sendiri lokasi, pengurusan dan paling mustahak mengenali para petugas tempatan. Dari Madrasah Abi Hanifah an Nu’man yang terletak di kawasan pergunungan, kami merentasi Khirbat al …

Travelog Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0Read More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah IHH

Pada 29 November, selepas para petugas keluar dari Syria, mereka telah menziarahi pejabat IHH di Reyhaniah dan telah berjumpa dengan Saudara Zaki Tahir Oğlu yang merupakan ketua di jabatan tersebut. Perjumpaan ini dilakukan bagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan mereka hingga membolehkan pihak Syria Care masuk ke dalam Syria dan melaksanakan tugas agihan …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Ziarah IHHRead More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Syria Care

Agihan diteruskan oleh petugas-petugas misi di Kem Syria Care yang terletak di Kah, Ref Idlib. Buat pengetahuan semua, kem ini telah didaftar secara sah dibawah nama Syria Care. Alhamdulillah, sebanyak 50 khemah telah didirikan buat pelarian-pelarian baru ke kawasan itu. Dua set tandas yang mempunyai dua pintu setiap setnya juga telah dibina bagi memberi keselesaan …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Syria CareRead More »

Hari dah nak gelap

Hari dah nak gelap. Cuaca makin sejuk. Kami dinasihatkan untuk tinggalkan kem sebelum malam atas faktor keselamatan. Aku ternampak budak lelaki bersendirian di bawah pokok. Aku tegur, tak disambut. Mukanya nampak sedih. Aku tegur lagi. Masih tak disambut. Kali ni aku yang sedih. Mungkin dia memikirkan nasibnya yang entah sampai bila nak tinggal di kem. …

Hari dah nak gelapRead More »

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Ra’

Hari terakhir misi diteruskan dengan pengagihan di Kem Ra’ yang terletak di Ibbin Sam’an, Idlib. Kem ini terletak di atas bukit yang jauh dari penempatan lain. Dengan keadaan kem yang sangat-sangat uzur, penduduk di sini tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak lain. Para petugas misi telah membuat agihan kepada kesemua 160 buah keluarga yang tinggal …

Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan di Kem Ra’Read More »