PROJECTS

Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga

Allahu Akbar! Berita gembira buat semua penyumbang dan para sukarelawan! Kalian masih ingat akan Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga (3) yang telah kami lancarkan dalam bulan Ramadhan dan Syawwal yang lepas? Kami telah menghantar 2 kontena yang berisi lebih dari 700 kotak berisi pakaian-pakain yang telah disedekahkan oleh orang ramai.

Qurban Untuk Syria 2014

Allahu Akbar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Kesemua 21 ekor kambing dan 17 bahagian lembu telah selamat dilaksanakan qurbannya di daerah Ghoutah Timur pada hariraya yang pertama dan kedua Eidul Adha 2014. Juga 2 ekor kambing yang telah disembelih untuk aqiqah. Tahniah buat semua peserta Qurban For Syria pada tahun ini.

Sumbangan kepada keluarga Syria 2013

Alhamdulillah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Sumbangan ke Sekolah Atarib dan ke Sekolah Syahid Muhammad Mahmod Omar. Kelas-kelas di sini dijadikan rumah untuk mereka yang tidak punya tempat tinggal . Keadaan mereka sangat dhaif dan anda boleh lihat bagaimana mereka membasuh pakaian dan berkongsi air yang terhad.