Edu4syria logo 2021-02

Bermula dari 2014, Syria Care berusaha sebaiknya menyediakan dan membina sekolah-sekolah bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian Syria.

Lebih dari 10 sekolah di Syria dan Turki telah ditaja bagi memastikan kelangsungan pembelajaran bagi anak-anak pelarian Syria ini terus terbela. Malah mereka turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Tajaan pembiayaan sekolah-sekolah ini, ada yang secara one-off, berkala dan berterusan. Semuanya mengikut keperluan dari pihak sekolah sendiri dan ada di antara sekolah terpaksa ditutup akibat serangan serta mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Syria Care kini menaja tiga buah sekolah yang terletak di Syria dan Turki:
1) Sekolah Ulfah 1, Aqrabat, Syria
2) Sekolah Ulfah 3, Kampung Malaysia, Al-Bardaqli, Syria
3) Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda, Gazientap, Turki

Pembiayaan ini merangkumi:
-Kemudahan pembelajaran, buku-buku dan alatulis
-Pelaksanaan program dan aktiviti
-Gaji guru dan kakitangan
-Pentadbiran dan pengurusan sekolah
-Selenggara bangunan
-Makan dan minum
-Utiliti dan pengangkutan

Logo Madrasah Ulfah-01

SEKOLAH ULFAH 1

Terletak di Aqrabat, berhampiran Bab Al Hawa, utara Idlib.

Sekolah Ulfah beroperasi lima hari seminggu dan sesi pembelajaran berjalan selama enam jam sehari. Mata pelajaran asas seperti Pengajian Al Quran, Bahasa Arab, matematik dan sains diajar di sekolah Ulfah.

Selain pembelajaran asas, aktiviti ko-kurikulum seperti bola sepak dan mengunggang kuda juga diserapkan dalam silibus pembelajaran. Kelas elektif turut disediakan bagi membantu pelajar yang tercicir pelajaran. Selain menikmati makanan secara percuma, pihak pengurusan sekolah turut menyediakan perkhidmatan bas sekolah, juga secara percuma.

Bagi menampungnya, sekolah ini memerlukan kos bulanan sebanyak RM47,849.34 sebulan atau RM574,192.04 setahun.

Content Pendidikan 2022-01
Logo Madrasah Ulfah-01

SEKOLAH ULFAH 3

Terletak di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al-Bardaqli, Syria.

Sekolah Ulfah 3 di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli utara Syria, mula beroperasi pada Oktober 2021.

Bagi memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak, sebuah bangunan empat tingkat didirikan dengan dilengkapi 15 buah bilik darjah, bilik guru, kawasan perhimpunan dan makmal sains. Ia menawarkan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan menengah tinggi.

Ketika ini terdapat 52 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Arab & Inggeris, Matematik, Sains, Hadis dan Quran kepada 1,150 orang pelajar. Sesi pembelajaran dibahagi kepada dua iaitu lelaki dan perempuan.

Sekolah Ulfah 3 sangat penting, kerana ia menjadi satu-satunya sekolah peringkat menengah di kawasan-kawasan berkenaan.

Bagi kelangsungan sesi pembelajaran dan kos operasi, sekolah ini memerlukan kos bulanan sebanyak RM25,725.45 sebulan atau RM308,705.40 setahun.

Content Pendidikan 2022-02
Logo Darul Huda-03

DARUL HUDA

Terletak di Gazientep, Turki.

Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda ditubuhkan bagi menyedia peluang belajar kepada pelarian Syria yang berada di sekitar kawasan itu.

Sasarannya, anak yatim dan mereka yang terdiri daripada keluarga susah. Pada ketika ini, ia memberi peluang kepada 65 pelajar untuk mendapatkan pembelajaran secara sistematik.

Bagi menampungnya, projek yang diusahakan di bawah program Back2School Syria Care memerlukan kos bulanan sebanyak RM4,624.80 sebulan atau RM55,497.60 setahun.

Content Pendidikan 2022-03
Sumbangan Tabung Edu4Syria dibuka sepanjang tahun 
Sasaran RM966,143.84 Tabung Pendidikan 2022 - Kemaskini Julai 2022
RM336,416.27

Nota penting : Untuk pembayaran menggunakan kad debit/kredit sila ke laman berikut Edu4Syria (Kad Debit/Kredit).