Syria Care Charity Car Wash

22 Julai 2018 (Ahad) telah diadakan satu program kerjasama dengan sebuah syarikat cuci kereta dalam menggerakan kerja-kerja kemanusiaan yang bertempat di premis Kaki Cuci cawangan Subang Jaya.

Kolaborasi antara Skuad Sukarelawan Syria Care dengan Syarikat Kaki Cuci dalam mengumpulkan dana sumbangan kemanusiaan untuk membantu mereka di Syria, telah mendapatkan sambutan yang menggalakan daripada orang ramai.

Khai Bahar antara artis tempatan yang telah turut serta terlibat bersama-sama dengan 10 orang sukarelawan Syria Care dalam menjayakan usaha ini. Pengerusi Syria Care Ustazah Siti Sakinah turut hadir turun padang bersama keluarganya pada program tersebut bagi menyokong usaha sukarelawan Skuad Syria Care.

Syarikat Kaki Cuci juga telah menawarkan untuk memberi sebahagian keuntungan hasil daripada projek ini kepada Tabung Kemanusiaan Syria Care mengikut nisbah yang dipersetujui . Pihak Syarikat Kaki Cuci cawangan Subang Jaya juga telah berbaik hati bagi memanjangkan lagi masa kutipan sumbangan sehingga 25 Julai 2018.

Menurut pemilik Syarikat Kaki Cuci cawangan Subang Jaya yang dikenali sebagai Encik Khairol Izwan, pelanggan yang hadir mencuci kereta pada hari Ahad tersebut adalah luar biasa.

Ini membuktikan bahawa masyarakat sentiasa menyokong penuh usaha-usaha memperjuangkan isu-isu kemanusiaan.

Usaha ini juga telah menarik perhatian beberapa syarikat cuci kereta yang lain dan berminat untuk menjalankan aktiviti serupa di premis mereka.

Keadaan ini menunjukan isu-isu kemanusiaan juga telah berjaya merentasi pelbagai bidang untuk sama-sama diperjuangkan.

Aktiviti-aktiviti sebegini juga telah memberikan peluang kepada sukarelawan Skuad Syria Care untuk turun ke lapangan masyarakat dan mengadakan aktiviti kemanusiaan serta berbakti menyumbang tenaga bagi membantu mereka yang memerlukan di Syria.

Semoga aktiviti sebegini akan dapat terus digerakan dari masa ke masa dengan sokongan penuh masyarakat.

#UpliftingSoulandHumanity
#IniBukanKerjaMainmain

[huge_it_slider id=”298″]