Bagaimana Syria Care membantu?
OderFood adalah projek bantuan makanan yang diberikan kepada pelarian dalam dua bentuk iaitu makanan yang dimasak (set iftar) dan juga pek makanan kering.
Ia diagihkan kepada mereka yang tinggal di utara Syria termasuk beberapa lokasi di Lubnan seperti Arsal dan Tripoli.
Impak Oderfood
Kaedah yang digunakan dapat membantu meringankan beban para pelarian untuk mengatasi masalah kekurangan makanan dan bekalan makanan asas. Syria Care mensasarkan untuk menyantuni 154,000 pelarian Syria pada Ramadan kali ini.