Uplifting Souls & Humanity

Sejarah Penubuhan

Diasaskan hasil daripada inisiatif warga Syria, Sheikh Samir Sakka, bersama sekumpulan pelajar dari Malaysia yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran ke negara Syria pada tahun 2012.

NGO pertama menyatupadukan rakyat Malaysia & Syria Di dalam sebuah organisasi

Syria Care adalah NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat Syria, terutamanya mereka yang berada di dalam negara itu dan tidak lupa juga bagi membantu meringankan beban rakyat Syria yang berlindung di negara jiran yang lain.

Syria Care is the first NGO that brings together Syrians and Malaysians to meet the current needs of Syrians, particularly those within the country, while also assisting Syrians who have sought refuge in other neighbouring countries.

Syria Care pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah badan naungan kepada Suruhanjaya Tinggi Syria Relief (HCSR) yang telah diarahkan penubuhannya oleh seorang ulama Islam yang masyhur, Sheikh Muhammad Ali As Soubuni secara peribadi kepada Sheikh Samir Sakka, salah seorang pengasas Syria Care.

Syria Care was established as a non-profit organisation to support the Suruhanjaya Tinggi Syria Relief (HCSR) and was founded by a Muslim scholar, Sheikh Muhammad Ali As Soubuni, in a private meeting with Sheikh Samir Sakka, one of Syria Care’s founders.

Menyedari bahawa bilangan rakyat Syria yang telah menjadi mangsa penganiayaan yang berlaku di Syria semakin meningkat, Syria Care telah tampil ke hadapan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di sana.

Recognizing that the number of Syrians who have become victims of persecution in Syria is increasing, Syria Care has come forward to help those less fortunate there.

Pada 11 Februari 2014, Syria Care didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dengan nombor pendaftaran PPM-035-10-11022014.Atas amanah dan kepercayaan yang diberikan orang ramai khususnya rakyat Malaysia, fungsi dan peranan Syria Care selaku sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terus berkembang dalam menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan.

Syria Care was officially registered with the Malaysian Organizations Registration Department (RoS) on February 11, 2014, with the registration number PPM-035-10-11022014. Syria Care’s function and role as a non-profit organisation are based on the public’s trust and confidence, particularly that of Malaysians. The government (NGO) continues to increase its aid to victims of the Syrian conflict, including Syrian refugees in Turkey and Lebanon.

Rakan Kerjasama NGO

Dengan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai organisasi yang tertentu telah menjayakan dan melancarkan lagi usaha Syria Care dalam membentuk jiwa dan kesedaran rakyat tentang nasib pelarian Syria.