cover photo webpage

The Orphans Project

Syria berada dalam krisis kemanusiaan yang terburuk menyebabkan jutaan kanak-kanak menjadi yatim. Mereka hilang tempat bergantung dan sedang menanti bantuan dan tajaan.

Sejak 2014, Syria Care telah menggerakkan program tajaan untuk membantu anak-anak yatim di kawasan bencana perang Syria.

Pada 2016, inisiatif telah diambil untuk menambahbaik keberkesanan program dan menjenamakannya sebagai The Orphans Project. Ia dijalankan di Afrin bersama kerjasama Emaar Al Insaniah dan di Al Bab bersama Ulfah Human Relief.

Terkini, lebih 600 anak yatim sedang ditaja oleh orang ramai dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Namun, Syria Care sentiasa mengharapkan bilangan tajaan ini bertambah saban bulan. Justeru, pendaftaran bagi program tajaan ini dibuka sepanjang masa bagi membolehkan lebih ramai anak yatim menerima manfaat.

Program tajaan anak yatim ini terbuka kepada penaja secara individu, berkumpulan dan korporat.

RM1,800 tajaan kos sara hidup bagi seorang anak yatim untuk 6 bulan.

Kos sara hidup ini meliputi perbelanjaan harian mengikut keperluan.

Anak yatim yang ditaja berada di Albab dan Idlib, Syria.

Penaja akan menerima profil anak yatim yang ditaja.

Sharing of Love for Syrian Orphans

Pada 2019, Syria Care telah menubuhkan Dar as Sakinah yang terletak di Jisr as Shughour, Syria bagi menempatkan anak yatim dan kanak-kanak gelandangan.

Buat permulaan 16 anak-anak yatim yang bergelandangan telah diambil. Program The Sharing of Love, yang mengumpul dana program anak-anak yatim ini telah membolehkan Dar as Sakinah dapat beroperasi sehingga kini. Hasil program ini juga telah memberi tajaan kepada lebih 80 anak-anak yatim pada setiap bulan dan lebih kurang 730 lagi mendapat manfaat berupa cenderahati.

Menerusi Sharing of Love for Syrian Orphans, Syria Care memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan tanpa komitmen bulanan dan tiada jumlah yang ditetapkan. Hasil sumbangan daripada tabung umum yatim ini akan dimanfaatkan semula pada anak yatim secara umum.

 

Dars Sakinah

Disclaimer Untuk makluman, pihak Syria Care tidak menerima wang zakat untuk tujuan program tajaan anak yatim ini.

Nota penting : Untuk pembayaran menggunakan kad debit/kredit sila ke laman berikut Tajaan Anak Yatim Syria (Kad Debit/Kredit).