Kampung Malaysia Syria care (KMSC), Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria telah dibangunkan di Al Bardaqli, utara Syria.
Ia adalah projek eksklusif yang dibangunkan oleh Syria Care hasil wakaf yang disumbangkan orang ramai.
Pembinaanya telahpun bermula sejak April 2020.
Kampung Malaysia Syria Care (KMSC) adalah rancangan jangka mangsa panjang untuk menempatkan mangsa konflik di utara Syria di kawasan tersusun.
Pembinaannya meliputi 292 unit rumah.
Sehingga kini, hampir 90 peratus rumah yang dibangunkan di penempatan ini telahpun siap.
Fasiliti lain seperti telaga, sistem kumbahan, masjid dan sekolah sedang giat dibina.
Bagi melengkapkan prasarana di KMSC, kami sedang mengumpulkan dana wakaf sebanyak RM643,848.
Kosnya merangkumi pembinaan: