Logo WTW Putih

Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk

Child

Derita Kesejukan Melampau

Musim sejuk dan salji adalah mimpi ngeri pelarian Syria.
Cuaca sejuk di bawah paras beku mampu meragut nyawa.
Mereka diuji dengan berat sekali.

Ayuh, bersama bantu sediakan kelengkapan pakaian musim sejuk
untuk mereka menerusi Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk.

Pengenalan

Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk adalah komponen penting projek utama ‘Winter Aid yang dijalankan setiap tahun bagi membantu pelarian Syria menghadapi musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku.

Kutipan pakaian yang dikumpulkan akan dihantar menggunakan kontena kepada para pelarian Syria bagi memastikan mereka di sana mendapat kelengkapan pakaian rapi sebagai persediaan untuk mengharungi musim sejuk.

IMG_6824

Projek ini yang dimulakan pada tahun 2014 dengan nama ‘Pakaianku Mendahului ke Syurga’ ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia. Pada tahun 2019, projek ini telah dinamakan semula sebagai ‘Warm Their Winter’ dan digunakan sehingga ke hari ini.

Bagi memastikan pakaian musim sejuk ini diterima oleh mereka, kami membuka Tabung ‘Warm Their Winter’ khusus untuk mengumpul dana bagi menampung kos penghantaran ke sana. Selain itu tabung ini juga di buka untuk pembelian ‘bale’ atau guni pakaian musim sejuk terpakai bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang tetapi mempunyai kekangan untuk mendapatkan pakaian sesuai yang diperlukan.

Tabung
'WTW'

Sumbangan kos pengurusan
dan penghantaran kontena
daripada rakyat Malaysia
kepada para pelarian Syria
yang bernilai RM150,000.00.

Pembelian
'Bale'

Syria Care akan membeli 'bale' atau guni pakaian yang berisi pakaian musim sejuk bagi pihak anda untuk disumbangkan kepada pelarian Syria.

Pakaian
Musim Sejuk

Anda boleh menyumbang pakaian musim sejuk yang
bersih dan elok ke lokasi pusat pengumpulan yang telah ditetapkan.

Sertai
Sukarelawan

Sukarelawan diperlukan bagi membantu kerja-kerja penerimaan pakaian,
pemilihan, pengasingan
dan pembungkusan.

Kami menerima

baju-sejuk

Baju Sejuk & Jaket

Baju sejuk lelaki, wanita dan
kanak-kanak sangat diperlukan.

baju-lengan-panjang

Baju lengan Panjang

Berfungsi sebagai lapisan yang dapat memberikan kehangatan.

turtleneck

Baju Thermal

Membantu menjaga keseimbangan
suhu tubuh badan.

winter-boots

Kasut

Terutamanya 'boots',
kasut kalis cuaca dan tahan lasak.

snow-cap

Aksesori

Snow cap, sarung tangan, mafla,
stokin tebal dan yang berkaitan.

selimut

Selimut tebal

Untuk kegunaan di dalam khemah bagi mengekalkan rasa kehangatan.

Maaf, Kami tidak menerima

Maaf




Baju yang nipis, baju lengan pendek, baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju koyak, baju yang rosak, baju tidak sopan dan lain-lain pakaian yang tidak sesuai untuk kegunaan ketika musim sejuk.

Maklumat Pusat Pengumpulan

Tarikh : 14 - 22 Oktober 2023

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam

Days
Hours
Minutes
Seconds

Agihan Tahun Lalu

Wajah-wajah penerima pakaian musim sejuk melalui Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk pada tahun 2022. Mereka sangat gembira kerana baju-baju yang diterima berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baharu.

Berkonsepkan ‘Free Market’, penerima manfaat berpeluang untuk memilih sendiri pakaian seperti berkunjung ke kedai namun tiada apa-apa bayaran dikenakan. Suasana di pusat agihan sungguh meriah dengan kehadiran anak-anak kecil yang hadir bersama keluarga mereka bagi mendapatkan pakaian yang diperlukan bagi mengharungi musim sejuk.

Untuk maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, sila hubungi talian berikut.